Estima melanggar Teluk Batik…

Posted by: cikdet | 12 December , 2008

Mari Konvoi Ke Teluk Batik bersama Geng Estima (MEOG)

Lagi satu stiker konvoi, kali ini untuk geng estima club ke Teluk Batik pula. Bajet punya bajet..diaorg tidor kat Marina Cove juga. Aku pernah sampai sekali je kat sana..itu pun aku ambik gambar kat depan Marina Cove je..cantik betul entry resort tu. Itu je yg aku mampu buat..posing depan tu je.

Rekaan ni pun bukannya 100% aku bikin..aku rembat clips art laa juga. Dengan kepakaran meng’komposisi’kan clips art tu..nampak hebat. Ala mcm org dok make-up keter laa.. bukannya dia buat sendiri pun. Habis2 p kedai xcessori beli itu ini, balik rumah pasang. Itu tahap gaban punya hebat laa. Ada juga yg suruh apek pasangkan. “Cantek kete abang!!…” Kembang kempis menerima pujian. Perasan. Lembu punya susu, sapi juga dapat nama. Kes ni mcm kes aku juga laa kot.. (nak tenggok estima modified gila-gila pun, masuk laa http://www.meog.org ..org gila pun ada.)

stiker yg menjadi rebutan ramai... limited je aku print, 30 keping je. Bayangkan kalau 30 biji estima dok pusing kat area Pangkor... mau berator drp Marina Cove sampai ke Jeti Pangkor.

stiker yg menjadi rebutan ramai... limited je aku print, 30 keping je. Bayangkan kalau 30 biji estima dok pusing kat area Pangkor... mau berator drp Marina Cove sampai ke Jeti Pangkor.

Posted by: cikdet | 12 December , 2008

Mengikut Geng Toyota Estima (MEOG) Ke Janda Baik, Pahang

Stiker Konvoi Ke Janda Baik 22-23 Nov 2008

Stiker Konvoi Ke Janda Baik 22-23 Nov 2008

Memang aku tak pakai estima, memang aku tak beli estima. Estima?? giler apa…mahu terbunuh aku, mahunya mati sebelum ajal kalau aku beli bas sekolah tu. Hilang akal pe…

Ok. Kali ni aku ikut geng estima pergi ke Janda Baik. Kita org pergi “camping” satu malam kt sana. Memang best!!. Bermula dengan konvoi drp Taman Melati (Shell Genting Klang – tempat RV point) lebih kurang 18 buah kereta estima pada hari itu. Beramai-ramai gerak ke Janda Baik mengukuti jalan gombak lama. Pearghh… mmg best. tiada yg tak best. tp aku pun tahu apa yg bestnya.

Bersama ini aku sertakan gambar-gambar yg mungkin dapat bercerita bagi pihak aku.

Deretan Gajah – Gembala sedang menanti buaya yg membawa KFC.

...kat hujung estima tu adalah toilet.

...kat hujung estima tu adalah toilet.

Kusyuk betol brader ni menampal stiker konvoi ke Janda Baik kat buntut estima dia...

Kusyuk betol brader ni menampal stiker konvoi ke Janda Baik kat buntut estima dia...

Kita org lambat sebab tunggu brader boyo nih laaa, dia p beli KFC kol 8.00pagi. Giler... caya laa CEO Boyo.

Kita org lambat sebab tunggu brader boyo nih laaa, dia p beli KFC kol 8.00pagi. Giler... caya laa CEO Boyo.

Oit...gembala gajah.. lu olang punya gajah ta tau nk letak elok elok ke..

Oit...gembala gajah.. lu olang punya gajah ta tau nk letak elok elok ke..

oooi... estima guna toilet break ke... foot brake. eh mana satu betul erk?

oooi... estima guna toilet break ke... foot brake. eh mana satu betul erk?

Apo lagi... pasang khemah le... brader, lu pasang khemah pass tu malan kang lu tido dlam estima. kekeke...

Apo lagi... pasang khemah le... brader, lu pasang khemah pass tu malan kang lu tido dlam estima. kekeke...

ade lagi… tak larat laa geng nk upload semua. tunggu ye.

(masuk laa http://www.meog.org boleh laa tgk mcm2 lagi)

Posted by: cikdet | 24 August , 2008

Keluar Api

ekzos keluar api

kereta myvi : ekzos keluar api

Malam semalam (23/08) aku bawa anak bini adik dengan bibik sekali pergi tenggok bunga api di Taman Tasik Cyberjaya. Malangnya apa yang entah malang si penganjur gagal membuat pertunjukkan bunga api. Terpaksalah kami layan konsert yang sound sistemnya macam bunyi budak-budak buat jaming kat studio. Jangan tanya aku siapa yang datang… yang penting event tu gagal. Mungkin sebab hujan lebat kot, atau mungkin malam tadi ada perlawanan bola antara Kedah dan Selangor. Ramai juga yang datang… ramai dengan indon yang bekerja berhampiran.

Mujur ada kereta cantik, biasalah jika orang cakap kereta cantik ni semua stok jinjang.

lagi kereta berlampu…

Posted by: cikdet | 22 August , 2008

Makan Durian

Buat pertama kalinya aku mengikut konvoi group MEOG untuk ke Bentong Pahang. Hanya satu tujuan mereka – makan derian, mandi-manda serta bersuka-ria sambil bertukar-tukar pendapat mengenai kereta mereka. Kereta aku? hehehe… Belum masanya aku berkereta besar seperti mereka. Sedia maklum, sumber kewangan perlu kukuh, selain daripada itu, perlulah ada anak ramai, barulah berbaloi berkereta seperti mereka. Pendek kata… memang aku tak mampu pun.

seterusnya…

Posted by: cikdet | 21 August , 2008

Salam…

Salam untuk semua, ini bukan pertama kali aku setup blog. Selalunya tolong buatkan untuk org lain punya… tetapi hari ini untuk diri sendiri yang entah keberapa kali setelah berkali-kali aku delete blog aku.

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.